Kode warna dan lain lain info penting

 

MAKLUMAT SEBELUM ORDER

 

Macam mana nak order?

Click CARA ORDER untuk cara2 order.

Apakah beza system baru Zaharah.com iaitu Cepat dan Tepat?

Untuk System Baru, kami mengamalkan FIRST COME FIRST SERVE, semua stock terkira, selepas membuat order, semua order di anggap booking untuk tudung. Pembayarn perlu di buat dalam masa 24 jam selepas order di buat, jika pembayaran tidak di terima, shopping cart akan membatalkan order anda secara automatis. Ya, semua order adalah booking! Stock akan di booking kan secara virtual dan adalah milik anda.

Anda masih boleh pilih warna, kami tiada had untuk pilihan warna, First Come First Serve. Semua warna out of stock akan padam dari website kami secara automatis.

Cara order baru sangat senang, kalau dulu anda cuma boleh lihat gambar yang sama walau code yang di pilih berlainan, sekarang anda akan lihat code warna yang di pilih di dalam shopping cart bagi menyenangkan pemilihan di buat oleh Pelanggan kami yang tersayang.

Untuk System baru, anda tidak lagi perlu membuat stock check, kerana selepas order di buat, barang telah pun di booking untuk anda.

Untuk System baru, anda tidak perlu lagi pening dgn code warna kerana semua code tersedia untuk di pilih secara ringkas dan senang.

Kami telah dapat mengurangkan prosess menelefon customer untuk confirm stock sebanyak 95% setelah System Baru ini Live di web kami. Ia adalah berita baik atas kerana ramainya customer yang sangat sibok dgn aktiviti harian dan kurang masa untuk berbincang dgn kami tentang ketiaadaan stock.

INSYALLAH dgn 100% SYSTEM BARU CEPAT & TEPAT ini, MASALAH STOCK TIADA LAGI!

Adakah harga harga di website ni harga borong atau pun harga runcit? Macam mana nak apply harga borong?

Adakah anda telah mohon akaun borong? Jika belum, click sini http://zaharah.com/page.html?id=27 untuk permohonan akaun borong. Semua harga di website kami adalah harga runcit secara rambang. Untuk terima akaun borong, anda di wajibkan membuat permohonan secara automatis dari link yang di sebut. Setelah mengisi borang, login semula dan anda akan nampak 2 harga (satu harga borong dan satu harga runcit). Jika anda telah cuba mohon dan tidak berjaya, mungkin anda telah mendaftar akaun runcit secara tidak sengaja, email pada kami di melalui borang ini http://zaharah.com/contact_us.html dan kami akan check. Insyallah boleh kami tolong tukarkan pada borong.

Adakah anda pengepos pada lain negara?

Kami pos sedunia, semua negara.

Untuk check cost pos ke kawasan anda, login ke website kami, add to cart barang yang you pilih dan click checkout. Di step 1 ada pilihan pilihan penghantaran dan harga, jarak masa.

Anda juga boleh check kos pos di shopping cart sebagai anggaran bila produk di masukan dalam shopping cart anda.

SOALAN NEGARA BRUNEI

Kalau saya di Brunei, saya nak barang di hantar ke Limbang atau Miri boleh ke?

Asalkan anda memberikan alamat, kami boleh pos ke mana yang anda arahkan, tiada masalah. Masa checkout tukarkan alamat anda kepada alamat Miri & Limbang berkenaan sebagai alamat Shipping anda.

SOALAN NEGARA SINGAPURA

Saya di Singapura, boleh ke saya nak ambil barang di City Square atau Checkpoint?

Kami tiada cawangan di Checkpoint atau Citysquare, untuk pengambilan sendiri adalah di Taman Desa Cemerlang sahaja. Masukan alamat kami di system GPS anda untuk arahan ke lokasi kami.

Ada tak cara lain untuk saya terima barang dan membuat bayaran secara senang?

Kami menyediakan khidmat Cash On delivery di kawasan Singapura (di masa saja dalam Negara Singapura) dengan pembayaran RM65 untuk 10 KG pertama dan RM20 untuk setiap 5KG seterusnya. Anda boleh membayar secara TUNAI kepada Pakcik bila Pakcik datang menghantar order anda.

Bila akan saya terima barang saya jika saya pilih Cash On Delivery?

Lazimnya Pakcik akan membuat penghantaran setiap hujung minggu, iaitu hari Ahad, jika hari bertukar, kami akan memberitahu anda.

Bila patut saya sediakan wang dan boleh ke saya bayar mengunakan duit Singapore?

Anda patut menyediakan wang sebaik selepas anda membuat order. Adalah tanggungjawab anda sendiri untuk menyediakan wang yang cukup sebelum hari delivery iaitu pada setiap hari Ahad atau hari yang di beritahu oleh Pakcik atau Staff kami.

Anda boleh checkout dgn mata wang Singapura, anda hanya perlu memilih matawang di sebelah atas website.

Kenapa akaun saya tidak di benarkan mengunakan Cash On Delivery?

Kami amat berduka cita apabila semasa penghantaran di buat, pelanggan yang tidak bertimbang rasa tidak menjawab telefon, tidak membalas sms. Apabila akhirnya menjawab,  memberi alasan yang tiada duit, belum gaji,  belum ke ATM dan tidak tahu jika bank tu pun ada duit ke tidak dan sebagainya walaupun staff kami dan Pakcik delivery telah konfirmkan banyak kali yang kami akan tiba pada hari yang di janjikan untuk menghantar barang order anda. Kami memahami semua masalah ini, sebab itu kami hubungi anda sebelum membuat penghantaran.

Adalah sangat baiknya semasa di hubungi anda berterus terang yang anda nak kensel atau nak tangguhkan order, kami berbangga dgn pelanggan yang jujur.

Kami harap pelanggan kami faham yang setiap kali kami ke kastam Singapura, kami di mestikan membayar GST untuk barang barang yang anda order. Kami minta kerjasama anda sebagai pelanggan yang kami sayangi.

Saya kenal dengan kenalan, saudara pekerja atau pemilik Zaharah.com di Singapura, boleh tak tolong hantarkan ke rumah mereka, maklumlah kan saudara atau kenalan Zaharah.com sendiri. Saya tinggal dekat jer dari rumah mereka.

Boleh. Jumlah untuk Cash on Delivery akan tetap di kenakan.

 Apakah Zaharah.com menyediakan khidmat Cash On Delivery di kawasan lain?

Buat masa ni kami tidak menyediakan Khidmat ini di kawasan lain memandang kan cara pembayaran di kawasan Malaysia adalah mudah dan penghantaran di dalam Malaysia adalah sangat berpatutan.

Apakah cara pembayaran yang Zaharah.com terima?

Kami menerima Visa Mastercard, paypal, CIMB, HSBC dan Maybank. Transfer bank boleh di buat pada shopping cart, online transfer ataupun cash deposit machine.

Adakah pihak Zaharah.com membuat dropship atau consignment?

Tidak

Adakah anda menyediakan katalog?

Semua tudung kami telah kami sediakan di website kami. Kami tiada katalog lain.

Kenapa order saya masih pending selepas 1 hari bekerja?

Adalah mungkin anda belum berikan bukti pembelian kepada kami, harap email kami secara segera di admin@zaharah.com

Kalau barang tu dah takde stock, boleh dapat lagi ke?

Maaf, kami tidak dapat restock barang lama, lazimnya, kami tidak restock barang yang sudah habis di jual.

Saya terlupa kata laluan ( password)

Anda boleh klik pada link forget password pada laman login.

Mana saya nak dapat nombor akaun Zaharah.com

Kami akan memberi anda nombor akaun hanya selepas order di buat.

Bila membuat pembayaran macam mana nak beritahu dan siapa?

Semua bukti perlu di emailkan kepada admin@zaharah.com

Kepada siapakah pembayaran di buat?

Akaun kami di atas nama Syarikat Zaharah International Exports (M) SDN BHD atau Puan Zaharah Mohammad

Boleh atau tidak untuk saya letak brand/tag saya di atas tudung2 yang saya order?

Boleh

Berapa minimum order dan berapa charge yang di kenakan?

Minimum untuk tempahan label pakaian adalah woven damask adalah 500 dozen. Size 4 inch by setengah inci harga dalam RM650. Size ini cukup untuk nama sahaja.

Brand untuk tag adakah saya yang perlu provide/ sediakan atau di sediakan oleh pihak Zaharah?

Setiap jahitan label pada tudung di kira 50 sen selari/ satu tudung

MAKLUMAT SELEPAS ORDER

Macam mana nak tahu status order saya ni

Setiap kali ada perubahan bagi status order anda, kami akan update di website dan anda secara automatis akan juga menerima email dari kami bagi setiap langkah order sehingga pengeposan.

Macam mana nak check bukti pengeposan (Tracking number)

Selepas order anda telah di pos, anda akan menerima email dari kami bersama nombor tracking dan website untuk anda gunakan tracking tersebut. Gunakan nombor yg di berikan untuk check lokasi package anda. Anda juga boleh login pada akaun anda untuk check invoice order anda di order history dan check tracking di sana.

Berapa lama sebelum saya menerima order saya?

Lazimnya kami perlukan 2 hari untuk sediakan order dan pembungkusan. Untuk semenanjung pengeposan 1-2 hari oleh citylink dan pos laju, sabah sarawak 2-3 hari. Untuk luar negara, anda boleh pilih cara pos yg sesuai masa checkout mengunakan shopping cart, kami juga ada sedia kan jarak masa untuk setiap pilihan.

Order saya di hantar dari mana?

Semua order di hantar dari Johor

Nombor tracking menunjuk kan barang telah di hantar tetapi saya belum menerima barang lagi

Ada baiknya anda menghubungi pihak pos di talian berikut PosLaju contact number: 1-300-300-300 (lMalaysia) or 603 - 27279100 (Luar Negara) atau 1300 88 2489 untuk Citylink Express

Anda juga boleh email kami.

Macam mana kalau kami terima barang yg rosak, koyak atau tidak memuaskan

Anda boleh pulangkan pada kami dalam masa 7 hari pos dari hari barang di terima ( kami akan rujuk nombor tracking), untuk barang rosak, koyak atau mana2 masalah semasa pengilangan, barang akan di gantikan dgn barang yg sama. Anda tidak boleh memilih warna lain atau tudung lain. Pastikan tudung dalam keadaan yg sama semasa kami hantar semasa anda mengeposkan kembali. Semua barang yg telah di jual kepada orang ketiga tidak akan kami terima. Sediakan kertas nota bersama nama alamat, order number dan masalah tudung di dalam package pemulangan.

Customer saya sudah menerima barang yg saya jual pada dia tetapi dia pulangkan pada saya kerana tudung rosak

Adalah tanggungjawab anda untuk memeriksa semua tudung yg di terima dari kami. Bila anda menjual kepada customer, dan customer pulangkan pada anda, ini sudah di kira orang ketiga dan melanggar polisi pemulangan kami.

Kenapa pihak Zaharah tidak melakukan check sepenuhnya sebelum pengeposan di buat

Untuk tudung2 yg di kilangkan secara besar besaran dan di jual secara murah, adalah agak mustahil bagi kami untuk periksa satu persatu.

Namun, untuk tudung keluaran kami sendiri, design kami sendiri dan lain2 tudung yg kami keluarkan, setiap tudung dijaga dengan teliti dan di jahit dalam kawasan bersih. Setiap tudung di periksa sebelum di hantar kepada semua pelanggan.

 

LAIN LAIN INFO

Size measurement / Ukuran tudung (estimation sahaja)

 

 

Labuh dari Dagu

M

14.5 inch / 37 cm

L

17.5 inch / 45 cm

XL

20.5 inch / 52 cm

 

 

Masa Operasi - Isnin - Sabtu 10 pagi - 6 petang
Ahad - Tutup
Cuti Awam - Tutup
Semua call tidak akan di jawab pada waktu tutup
SMS akan di jawab satu persatu.

Opening Hours- Monday Sabtu 10 pagi - 6 pm
Sunday - Closed
Malaysian Public Holidays - Closed
All calls will not be answered during closing hours
All text messages will be answered one by one.

Please take note to all international buyers, we would prefer if you email us rather than calling us as difference in accent may cause confusion in orders and may derive to mistakes. Please email us as written orders or instructions are much clearer to understand.

Back
Home      Borong / Wholesale       Shipping       VVIP Discount       Hijab Tutorial Videos       BLOG       'Be a Hijabista' MAKE OVER       Our Hijab Queens       About Us
Jahitan berkualiti Boutique, Kain bertaraf dari Korea Original